comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk Gaza panik, Israel keluar amaran berpindah kepada 513,000 orang

FOTO: Reuters

GAZA: Penduduk di Gaza panik selepas Israel mengeluarkan amaran berpindah kepada kira-kira 513,000 orang

Dalam pada itu 40 penduduk Palestin terbunuh di Khan Younis dalam tempoh 24 jam, mangsa termasuk petugas Persatuan Bulan Sabit Merah

Tindakan tentera rejim terus menerus membedil lokasi panas menyukarkan usaha menyelamat dan membawa keluar mayat mangsa.

Lapor media Al Jazeera, lapan lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah sekolah di wilayah sama.

FOTO: Reuters

Pasukan paramedik berdepan kesukaran membawa mangsa ke Hospital Nasser walaupun ia berada dalam jarak yang dekat susulan bedilan bertali arus tentera rejim

Dalam pada itu, terdapat laporan penduduk Palestin maut ditembak mati tentera rejim di Tebing Barat.

9 lagi lagi individu ditahan termasuk di barat Nablus dan Ramallah

Setakat ini, hampir 26,000 penduduk Palestin maut dalam pertempuran yang bermula pada 7 Oktober lalu. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini