comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Sarawak meningkat lebih 1,000 orang

FOTO: NSTP

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat malam ini, dengan lebih 1,000 penduduk ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan negeri ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 1,193 mangsa banjir membabitkan 367 keluarga terpaksa berlindung di PPS, berbanding 356 orang (121 keluarga) setakat jam 12 tengah hari tadi.

“PPS yang beroperasi di Kuching ialah Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu Kawa, SJKC Chung Hua Sungai Tengah dan Dewan Taman Malihah.

“Selain itu, PPS turut dibuka di Bau membabitkan Balai Raya Kampung Senibung dan Dewan Kampung Segong, manakala di Lundu pula Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Tengah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini