comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Penduduk Yahudi bunuh warga Palestin, bakar puluhan bangunan & kenderaan

 

TEBING BARAT: Seorang warga Palestin dibunuh manakala 100 yang lain cedera dalam serangan penduduk haram Yahudi di daerah Huwara.

Kumpulan terbabit turut bertindak zalim membakar 10 rumah dan premis perniagaan milik penduduk Palestin.

Turut jadi sasaran 30 kenderaan di lokasi berdekatan.

FOTO : REUTERS

Menurut saksi, polis Israel memberi kebenaran untuk penduduk haram Yahudi mengakses penempatan penduduk Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam pada itu mengesahkan, mangsa yang maut ditembak beberapa kali di bahagian abdomen.

FOTO : REUTERS

Sumber penduduk tempatan pula memberitahu, penduduk haram yahudi menghalang ambulans daripada pergi ke lokasi untuk memberi rawatan kepada mangsa yang cedera.

Tindakan biadap penduduk haram yahudi itu turut merebak ke beberapa lokasi lain termasuk di Ramallah, Burin, Salfit dan al-Khalil.

Tahun in sahaja 62 penduduk Palestin maut di tangan pihak berkuasa Israel dan penduduk haram Yahudi.

SUMBER – PALINFO

Loading...
Terkini