comscore
Tumpuan :
Dunia

Permohonan Suu Kyi dirawat doktor luar ditolak

Foto Reuters

MYANMAR: Permohonan bekas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk mendapatkan rawatan kesihatan dengan pegawai perubatan luar ditolak kerajaan junta.

Perkara itu dikongsi wakil kerajaan yang mempunyai hubungan baik dengan Suu Kyi.

Penerima Anugerah Nobel berusia 78 tahun yang dilaporkan sakit itu sebaliknya dirawat doktor yang berpangkalan di jabatan penjara.

Kerajaan junta yang cuba dihubungi agensi berita Reuters bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan.

Myanmar mula dilanda konflik sejak awal tahun 2021, apabila tentera junta menggulingkan Suu Kyi selain turut melaksanakan perintah tentera ke atas rakyatnya dengan ribuan dilaporkan terbunuh mahupun dipenjarakan.

Suu Kyi berdepan hukuman 27 tahun penjara tersabit 19 kesalahan jenayah.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan merangkumi hasutan, penipuan dalam pilihan raya serta rasuah dan beliau telah melakukan proses rayuan ke atas semua pertuduhan itu.

Loading...
Terkini