comscore
Tumpuan :
Dunia

Perompak ajak mangsa ‘dating’ kerana terlalu cantik

FOTO: AGENSI

INDIANAPOLIS: Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah kediaman di Indianapolis sempat mengajak mangsa keluar ‘dating’ sebelum menambahnya sebagai kenalan di Facebook.

Ketika kejadian, mangsa Amber Beraun sedang menyemak suratnya sebelum Damien Boyce didakwa menahannya dengan pistol sebelum merompak wang tunai AS$100 (kira-kira RM468), lapor United Press International memetik laporan daripada WRTV Indianapolis.

Suspek kemudian menyuruh mangsa mencari namanya di Facebook dan membuat permintaan untuk menjadi rakan (friend request) sambil dilihat olehnya.

Suspek juga memberitahu mangsa bahawa dia akan membayar balik wang yang dirompak sebelum melarikan diri menggunakan sebuah basikal.

Mangsa tidak lama selepas itu menerima pesanan ringkas di Facebook daripada suspek yang mengajaknya keluar.

“Saya hanya mampu memulangkan wang anda. Saya tahu cara kita bertemu agak kasar, namun anda terlalu cantik untuk dirompak. Kita perlu bertemu, marilah berjumpa. Saya berjanji saya bukan seorang pemarah,” kata suspek dalam pesanan tersebut.

Dia ditahan Rabu lalu atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata serta didakwa kerana memiliki pistol untuk melakukan jenayah. – AGENSI

Loading...
Terkini