comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki lemas ketika memukat ditemui selepas 20 jam

Mayat Mohamad Azwan Mohd Azman, 28, ditemui selepas 20 jam dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di Pantai Telong, Bachok. -Foto: NSTP

BACHOK: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memukat ikan ditemui selepas 20 jam kehilangannya di Pantai Telong, petang tadi.

Mangsa, Mohamad Azwan Mohd Azman, 28, ditemui jam 3.20 petang oleh pasukan penyelamat kira-kira 1.4 kilometer dari lokasi dia dikhuatiri lemas.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata mayat mangsa ditemui ketika pasukan penyelamat sedang melakukan rondaan.

Katanya, pengecaman mayat mangsa dilakukan oleh adik mangsa, Muhammad Ashraf Mohd Azman, 24.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin, berkata anggota Maritim Malaysia terlihat objek hitam kira-kira 10 meter dari pesisir pantai.

Katanya, anggota kemudian membawa objek berkenaan ke pesisir pantai sebelum disahkan mayat mangsa yang lemas ketika memukat ikan di Pantai Telong, Bachok.

Terdahulu, mangsa bersama dua rakan dan empat kanak-kanak dipercayai lemas ketika memukat ikan, namun berjaya menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai turun semula ke laut untuk mengambil pukat sebelum hilang dan dipercayai lemas.

Loading...
Terkini