comscore
Tumpuan :
Dunia

Presiden Brazil kritik pendekatan “Neokolonialisme Hijau” di Sidang Kemuncak Amazon

Foto: Reuters

BRASILIA: Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva mengkritik apa yang disifatkannya sebagai “neokolonialisme hijau” dan menuntut komitmen pembiayaan daripada negara-negara maju untuk projek-projek lestari, lapor Xinhua.

“Kita tidak boleh terima neokolonialisme hijau yang menggunakan alasan kononnya untuk melindungi alam sekitar, mengenakan sekatan perdagangan dan diskriminasi, serta mengabaikan rangka kerja kawal selia dan dasar domestik kita,” kata Lula.

Beliau berkata demikian pada penutupan Sidang Kemuncak Amazon di Belem, Brazil pada Rabu.

Negara-negara yang mewarisi hutan tropika dari zaman kolonial mengamalkan model ekonomi “pemangsa” yang memaparkan “eksploitasi tidak rasional” sumber semula jadi, perhambaan, dan pengecualian sistematik penduduk tempatan, kata Lula.

Bagaimanapun, untuk pembangunan berkualiti tinggi, beliau percaya apa yang diperlukan oleh negara-negara ini adalah pembiayaan jangka panjang dan tidak bersyarat bagi infrastruktur hijau dan projek-projek perindustrian.

Beliau menyalahkan negara-negara maju atas penyertaan terhad dalam mekanisme pembiayaan global dalam perkara ini.

Sidang kemuncak dua hari itu dihadiri oleh wakil-wakil dari Colombia, Bolivia, Peru, Guyana dan Venezuela, antara lain membincangkan isu penting bagi rantau Amazon. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini