comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan maut dalam serangan Zionis di Gaza, Jenin

FOTO: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 22 terbunuh dalam serangan tentera Zionis ke atas sebuah kediaman di Khan Younis.

Sasaran lain di daerah sama termasuk Kem Pelarian al-Maghazi dan sebuah sekolah milik Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.

Serangan terbaharu di Deir al-Balah pula menyaksikan beberapa penduduk Palestin terbunuh dan sejumlah lagi cedera.

FOTO: Reuters

Israel dalam pada itu mengumumkan yang kononya berjaya mengalahkan Pejuang Hamas, namun kenyataan itu disangkal pihak tertentu selepas Briged Al Qassam mendedahkan visual pertempuran sengit di sebuah lokasi di utara Gaza.

Juga terdapat laporan pertempuran sengit di antara Pejuang Palestin dengan tentera Zionis di Tebing Barat dan kawasan jajahan Israel di Baitulmaqdis

FOTO: Reuters

Ketegangan di daerah Jenin pula menyaksikan sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin maut dalam serangan dron.

Tentera Zionis turut meletupkan sebutir bom di sebuah kawasan lapang di daerah sama mengakibatkan sejumlah besar kematian dan kecederaan penduduk Palestin. – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini