comscore
Tumpuan :
Dunia

Warga Palestin cedera tetap ke hospital biarpun dihujani bom

FOTO: Reuters

GAZA: Lebih ramai penduduk Palestin yang cedera dikejarkan ke Hospital Nasser di Khan Younis biarpun lokasi sekitar itu dibom Israel bertalu-talu.

Wartawan Palestin, Saleh Ja’farawi berkongsi rakaman detik-detik menyaksikan pesakit yang cedera tiba di hospital itu.

Satu video menunjukkan orang awam mengejarkan seorang lelaki cedera menggunakan kereta sorong tatkala bunyi bom jelas kedengaran.

Pada masa sama, sebuah ambulans tiba di hospital dengan tingkap kenderaan itu pecah selain pesakit diselaputi habuk daripada runtuhan bangunan.

Beberapa rakaman lain turut menunjukkan suasana adegan menyedihkan yang berlaku di dalam hospital di akaun Instagram sepanjang dua jam lalu.

Seorang kanak-kanak yang tercedera di bahagian abdomen turut dirawat.

Kesemua rakaman ini telah disahkan oleh unit pemeriksa fakta Al Jazeera Sanad.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini