comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel 

Foto: Reuters

TEBING BARAT: Puluhan penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat.

Keganasan tercetus dalam ketika penduduk melakukan perarakan aman membantah penempatan haram Yahudi di beberapa lokasi termasuk di Kafr Qaddum dan Beit Dajan.

Lapor media Palinfo, tentera Israel menembak belia Palestin dengan peluru hidup dan peluru getah.

Foto: Reuters

Puluhan penduduk mengalami sesak nafas selepas dibaling dengan gas pemedih mata.

Pertempuran turut dilaporkan tercetus di antara penduduk Palestin dengan polis rejim di Kem Pelarian Shufat.

Polis Israel dikatakan membaling gas pemedih mata ke arah penduduk serta kediaman mereka mengakibatkan ramai yang mengalami sesak nafas. – PALINFO

Loading...
Terkini