comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Tentera Israel belasah, halang penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa

SUMBER PALINFO

TEBING BARAT : Penduduk Palestin diserang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Mangsa ditahan tentera rejim ketika tiba di perkarangan masjid, sebelum diserang dan dihalau keluar

Tentera rejim kemudian menutup salah satu pintu pagar masjid, lalu menghalang umat Islam menunaikan ibadah sekali gus mencetus protes di lokasi terbabit.

Dalam satu lagi insiden, seorang petani Palestin ditahan, manakala seorang lagi dibelasah tentera rejim.

Insiden berlaku ketika mereka cuba bersemuka penduduk haram Yahudi yang turut membawa senjata di daerah Kafr ad-Dik.

Anak mangsa memberitahu, penduduk haram Yahudi melepaskan binatang ternakan mereka ke kawasan pertanian milik bapanya sesuka hati

Malah penduduk haram Yahudi juga membina pos kawalan untuk memantau binatang ternakan mereka di tanah ladang penduduk Palestin. – REUTERS

Loading...
Terkini