comscore
Tumpuan :
Dunia

158 penduduk Palestin maut dalam tempoh 24 jam

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 158 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tentera rejim Zionis dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah korban bedilan tentera rejim di Khan Younis yang menyasarkan perkarangan Hospital Nasser dan Hospital Amal meningkat kepada 23 orang.

Tidak cukup dengan itu, tentera rejim turut memusnahkan puluhan kediaman dan bangunan di wilayah sama.

Ia sebahagian daripada tindakan rejim itu untuk memperluas operasinya di Gaza.

Juga terdapat laporan serangan tentera Zioniz di wilayah tengah dan utara Gaza termasuk daerah Sheikh Zayed dan Jabalia.

Dalam pada itu, kerajaan Israel dilaporkan telah meluluskan bajet tahunan perang berjumlah 15 bilion dolar. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini