comscore
Tumpuan :
Dunia

Raja Charles III zahir penghargaan atas sokongan ramai, selepas diagnosis kanser

 

FOTO: @RoyalFamily/ X

LONDON: Raja Britain, Raja Charles III menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih setulus hati kepada mereka yang simpati dan memberikan sokongan terhadapnya sejak disahkan menghidap kanser.

Kenyataan pertamanya sejak disahkan menghidap penyakit itu, dikongsi di laman web raja dan halaman rasmi keluarga diraja di platform media sosial X.

Raja berusia 75 tahun itu turut menyatakan bagaimana diagnosisnya yang dikongsi bersama dapat membantu menggalakkan pemahaman mengenai kanser, selain menyerlahkan tugas semua organisasi yang menyokong pesakit kanser dan keluarga mereka di seluruh United Kingdom (UK) dan dunia dengan lebih luas.

Raja Charles kagum di atas penjagaan dan dedikasi mereka yang tidak pernah mengenal erti lelah, hasil daripada pengalaman peribadinya sendiri

“Saya ingin mengucapkan terima kasih setulus hati atas mesej sokongan dan ucapan selamat yang banyak saya terima sejak beberapa hari ini.

“Seperti semua orang yang terjejas oleh kanser akan tahu, pemikiran yang baik adalah keselesaan dan dorongan terbesar.” katanya menerusi kenyataan itu.

Sebelum ini, Istana Buckingham mengumumkan Raja Charles telah disahkan menghidap kanser dan memulakan rawatan serta berehat daripada tugas awam.

Diagnosis itu disahkan, hanya 17 bulan selepas pemerintahan Raja Charles berikutan kematian ibunya yang berusia 96 tahun, Ratu Elizabeth II, pada 8 September 2022.

“I would like to express my most heartfelt thanks for the many messages of support and good wishes I have received in recent days. As all those who have been affected by cancer will know, such kind thoughts are the greatest comfort and encouragement. It is equally heartening to hear how sharing my own diagnosis has helped promote public understanding and shine a light on the work of all those organisations which support cancer patients and their families across the UK and wider world. My lifelong admiration for their tireless care and dedication is all the greater as a result of my own personal experience.” Charles R

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini