comscore
Tumpuan :
Dunia

Rejim Israel mula tempatkan aset tentera di Semenanjung Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Rejim Israel bertindak menghantar kereta kebal dan jentolak berperisai ke Semenanjung Gaza, beberapa jam selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan persiapan perang darat sedang dijalankan untuk menghapuskan Hamas.

Ia adalah ‘serbuan disasarkan’ yang memusnahkan beberapa kawasan sebelum mereka berundur dari wilayah yang dikawal Hamas.

Menurut tentera, perang hari ke-20 di Gaza yang paling membunuh di Israel, mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban.

FOTO: Reuters

Pihak tentera mendakwa berjaya memusnahkan banyak sel pejuang Hamas, infrastruktur dan pos pelancaran peluru berpandu anti-kereta kebal.

Operasi di utara Gaza digerakkan sebagai persediaan peringkat pertempuran seterusnya.

FOTO: Reuters

Beberapa jam sebelum itu, Netanyahu menyampaikan ucapan yang disiarkan secara langsung kepada rakyat Israel memaklumkan rejim itu berada di dalam persiapan untuk melancarkan perang tanpa henti.

Senario itu meningkatkan kebimbangan global apabila skala perang dan penderitaan manusia semakin meningkat di dalam wilayah yang dikepung, dengan Israel memotong bekalan air, makanan, bahan api dan bekalan asas lain.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini