comscore
Tumpuan :
Dunia

Rentetan isu bijirin, Poland henti bekal senjata kepada Ukraine

NEW YORK: Poland akan menghentikan bekalan senjata kepada Ukraine, dan memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pertahanannya sendiri.

Keputusan mengejut itu dibuat ekoran pertelagahan peribadi kedua-dua negara bersekutu itu berhubung eksport bijirin, ketika Kyiv masih bergelut menentang pencerobohan Rusia.

Susulan itu, Poland memanggil duta ukraine bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB.

Pemimpin Ukraine itu mengatakan ada negara hanya berpura-pura menyokong negaranya dalam peperangan dengan Rusia, dan kenyataan itu menginggung Warsaw.

Poland sebelum ini antara penyokong tegar Ukraine selepas Rusia menyerang negara itu pada Februari 2022, dan menjadi antara pembekal senjata utama Kyiv.

Kebanyakan senjata yang dihantar oleh Amerika Syarikat dan negara lain ke Ukraine akan melalui Poland, yang bersempadan bahagian barat Ukraine.

Loading...
Terkini