comscore
Tumpuan :
Dunia

Ribut berserta angin kencang dan hujan batu badai utara Thailand

 

FOTO: Jabatan Kawalan Bencana & Mitigasi Thailand

CHIANG MAI: Ribut dilapor melanda utara Thailand Utara semalam sehingga menjejaskan hampir 600 isi rumah di Chiang Mai, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Chiang Mai.

Chai Chai Wongkam, seorang penduduk di Chiang Mai berkata, pada awalnya angin bertiup lembut tetapi 10 minit kemudian ianya bertukar menjadi ribut beserta dengan hujan lebat.

Seterusnya hujan batu pula menyusul dan berterusan selama lebih 20 minit, menumbangkan beberapa batang pokok dan merosakkan bangunan.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha hari ini mengarahkan agar semua kementerian yang berkaitan membantu penduduk di Chiang Mai yang telah dilanda cuaca buruk. – REUTERS

Loading...
Terkini