comscore
Tumpuan :
Dunia

Thailand lulus rang undang-undang perkahwinan sejenis

FOTO: Tangkap layar dari ciapan Reuters/ X

BANGKOK: Rang undang-undang perkahwinan sejenis diluluskan Parlimen Thailand.

Keputusan itu sekali gus bakal menjadikan Thailand sebagai negara pertama di Asia Tenggara mengiktiraf kesaksamaan dalam perkahwinan.

Dengan mendapat 399 undi berbanding 10, rang undang-undang itu diluluskan oleh dewan rendah Parlimen Thailand.

Bagaimanapun, ia masih perlu diluluskan oleh Senat dan disahkan oleh Raja sebelum diwartakan sebagai undang-undang.

Rang undang-undang itu antara lain akan menukar rujukan kepada ‘lelaki’, ‘wanita’, ‘suami’ dan ‘isteri’ dalam undang-undang perkahwinan negara kepada istilah neutral jantina.

Di seluruh Asia, hanya Taiwan dan Nepal yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini