comscore
Tumpuan :
Dunia

Seorang anggota polis maut dalam serangan pengganas di Kosovo

FOTO: REUTERS

KOSOVO: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera apabila berlaku kejadian tembak-menembak di kampung Banjska.

Perdana Menteri Albin Kurti menyifatkan kejadian yang berlaku sebagai serangan pengganas dengan suspek yang terlibat lengkap bersenjata dan memakai topeng muka.

Polis turut melaporkan dua kenderaan berat tanpa nombor pendaftaran berhenti di jambatan kampung Banjska awal pagi tadi, sekaligus menghalang laluan keluar masuk.

Mereka yang berada dalam kenderaan itu kemudian bertindak melancarkan serangan ke atas pihak polis tanpa henti sebaik dihampiri.

Selain tembakan dengan senjata api, bom tangan dan pelancar roket turut digunakan.

Ketegangan di Kosovo semakin memuncak sejak pergolakan mula tercetus Mei lalu apabila lebih 90 anggota tentera pengaman NATO dan 50 penunjuk perasaan cedera akibat pertempuran yang tercetus di utara Kosovo.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini