comscore
Tumpuan :
Dunia

Seorang maut, hampir 30 hilang dalam banjir kilat dan tanah runtuh di timur Nepal

FOTO: Reuters

KATHMANDU:  Seorang maut dan hampir 30 lagi hilang dalam banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda timur Nepal.

Ia adalah kematian pertama yang dilaporkan sejak musim hujan tahunan bermula di negara itu, minggu lalu.

Menurut Jurucakap Kerajaan, arus deras menghanyutkan projek hidroelektrik yang sedang dalam pembinaan di Sungai Hewa, mengakibatkan 16 pekerja projek itu hilang

Sembilan orang turut dilaporkan hilang dalam banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Taplejung dan Panchthar yang bersempadan dengan India

Juga terdapat laporan jalan raya terputus hubungan susulan kerosakan jambatan di daerah sama akibat hujan lebat semalaman

Dalam pada itu, anggota penyelamat turut berdepan kesukaran untuk sampai ke kawasan berbukit di Sidingwa bagi operasi membantu penduduk yang berdepan risiko dihanyutkan arus deras.  – REUTERS

Loading...
Terkini