comscore
Tumpuan :
Dunia

Suami ‘cabut’ sejurus akad nikah, isteri 16 tahun bersanding seorang 

Foto Agensi

JAKARTA: Seorang gadis berusia 16 tahun terpaksa duduk sendirian atas pelamin, gara-gara suami yang baharu dinikahi melarikan diri selepas mereka diijab kabul di Bima, Sumbawa, Nusa Tenggara Barat.

Bapa pengantin perempuan, Adhar Amirudin, berkata pengantin lelaki terbabit langsung meninggalkan majlis selepas dijemput keluarganya.

“Selepas ijab kabul, dia (pengantin lelaki) terus keluar dari bilik lalu lari dijemput keluarganya menggunakan motosikal,” katanya.

Adhar memaklumkan, acara pernikahan anaknya sebenarnya sudah dipersetujui dan kedua-dua keluarga juga sepakat melangsungkan resepsi selepas akad nikah.

Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki menyatakan tidak mahu mengadakan resepsi dengan secara mengejut.

“Padahal, kad jemputan sudah diedarkan. Kami sudah edar undangan, tidak mungkin kami batalkan resepsi,” katanya pasrah tidak mampu berbuat apa-apa dengan tindakan pengantin lelaki itu serta keluarga.

Namun, dia tetap meneruskan majlis resepsi berkenaan dan menyuruh anaknya duduk di atas pelamin bagi menyambut tetamu yang hadir.

Sementara itu, ketua kampung, Muhammad, bersetuju pengantin perempuan yang juga penduduk kampungnya ditinggalkan pengantin lelaki terbabit kerana menurutnya, dia masih di bawah umur untuk bernikah sekiranya mengikut undang-undang kampung terbabit.

“Ya, pengantin perempuan masih di bawah umur,” katanya menambah kedua-dua pihak keluarga pengantin memang ada berdepan masalah sebelum akad nikah itu dan pihak pengantin lelaki memang tidak mahu meneruskan pernikahan. – AGENSI

 

Loading...
Terkini