comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia gantung operasi 3 pesawat susulan kejadian melibatkan Alaska Airlines

FOTO: Reuters

JAKARTA: Susulan kejadian dinding pesawat Alaska Airlines tercabut sejurus berlepas minggu lalu, Indonesia mengikut langkah pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat dengan menggantung sementara operasi tiga pesawat Boeing 737 Max 9 negara itu yang dikendalikan Lion Air.

Ia berkuat kuasa 6 Januari lalu sehingga diberitahu kelak.

Jurucakap kementerian pengangkutan Indonesia memaklumkan, pesawat Lion Air itu mempunyai pintu keluar kecemasan pertengahan kabin jenis dua, manakala pesawat Alaska Airlines mempunyai palam pintu keluar tengah.

Ini bermakna sistem di bahagian tengah pintu kecemasan berfungsi dan boleh digunakan untuk pemindahan.

Katanya kementerian akan berkoordinasi dengan FAA, Boeing dan Lion Air untuk memantau keadaan, sambil menegaskan keselamatan operasi tetap menjadi keutamaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini