comscore
Tumpuan :
Dunia

Taiwan kesan 19 pesawat China, 5 kapal  

Foto: Reuters

MOSCOW: Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan pihaknya mengesan 19 pesawat dan lima kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menghampiri pulau itu pada Sabtu, lapor Sputnik.

“Sejak 08:00 (UTC+8) (00:00 GMT) hari ini (24 Jun), Angkatan Tentera (Taiwan) mengesan 19 pesawat PLA (termasuk J-10, J-16), lapan melintasi garisan median Selat Taiwan dan menghampiri garisan 24 batu nautika,” menurut kementerian itu di Twitter.

Tentera Taiwan juga mendapati lima kapal tentera laut China sedang menjalankan rondaan tempur bersama.

Terdahulu pada Sabtu, kementerian pertahanan Taiwan memaklumkan bahawa lima kapal China dan lapan pesawat termasuk helikopter Z-9 ASW, telah dikesan berhampiran pulau itu antara 6 pagi pada 23 Jun dan 6 pagi pada 24 Jun.

Ketegangan di sekitar Taiwan berlaku pada April selepas Presiden Taiwan Tsai Ing-wen bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan AS, Kevin McCarthy.

Beijing bertindak balas dengan melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran selama tiga hari berhampiran pulau itu sebagai “amaran” kepada kumpulan pemisah Taiwan dan kuasa asing.  – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini