comscore
Tumpuan :
Dunia

Taufan Biparjoy dijangka landa Pakistan, India dengan kekuatan angin 140km

Foto: Reuters

KARACHI: Pakistan dan India bakal berdepan Taufan Biparjoy dengan kekuatan angin diramalkan mencecah 140 kilometer sejam.

Persiapan bagaimanapun sudah mula dilakukan di wilayah selatan Pakistan

Pihak berkuasa tempatan telah memberhentikan pemberian permit kepada nelayan untuk menangkap ikan.

Wilayah pesisir pantai di Gujarat, India juga dijangka menerima kesan buruk dengan taburan hujan lebat selain angin kencang.

Setakat jam 10 pagi tadi, Biparjoy dikesan berada di barat daya India dengan kekuatan angin 165 kilometer sejam.

Ia dijangka bakal melemah selepas melanda daratan dengan kelajuan angin 95 kilometer sejam Jumaat nanti. – REUTERS

Loading...
Terkini