comscore
Tumpuan :
Dunia

Threads capai 10 juta pendaftaran, saingi Twitter 

WASHINGTON: Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, saingan langsung kepada Twitter, dengan lebih 10 juta pendaftaran dalam tempoh beberapa jam.

Namun pengeluarannya di Eropah telah ditangguhkan kerana kebimbangan privasi data.

Threads merupakan pencabar terbesar kepada Twitter milik Elon Musk, yang menyaksikan beberapa siri pesaing berpotensi muncul, namun belum lagi mampu menggantikan salah satu syarikat media sosial yang paling ikonik itu.

Walaupun menghadapi persaingan yang sengit, aplikasi itu disiarkan secara langsung di kedai aplikasi Apple dan Android di 100 negara.

Akaun milik selebriti seperti Jennifer Lopez, Shakira dan Hugh Jackman, serta saluran media termasuk The Washington Post, Reuters dan The Economist telah diaktifkan.

Ketua Eksekutif Meta dan Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata, beliau mengucapkan selamat datang ke Threads yang ditulis dalam catatan pertamanya di platform itu.

Beliau memberi amaran kepada Musk yang menjadi rakan saingan sengitnya, dan ingin mengadakan pertemuan antara satu sama lain.

“Ia akan mengambil sedikit masa, tetapi saya berfikir bahawa perlu ada aplikasi perbualan awam dengan lebih satu bilion orang.

“Twitter telah mempunyai peluang untuk melakukannya namun tidak berjaya, mudah-mudahan kami akan melakukannya,” katanya.

Threads diperkenalkan sebagai ‘spin-off’ di Instagram, yang menawarkan lebih daripada dua bilion pengguna, sekali gus menyelamatkan platform baharu itu daripada cabaran untuk bermula dari bawah.

Loading...
Terkini