comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Twitter ancam saman Meta berhubung Threads

Foto hiasan

CALIFORNIA: Persaingan aplikasi media sosial Twitter dan Threads, aplikasi baharu dibangunkan oleh Meta Platforms yang turut memiliki rangkaian media sosial Instagram, Facebook dan WhatsApp terus jadi perhatian dunia, apabila syarikat Twitter dilaporkan merancang untuk menyaman Meta.

Perkara itu dimaklumkan oleh portal berita tempatan, Semafor yang memetik kandungan surat yang dihantar oleh peguam Twitter, Alex Spiro kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.

Peguam berkenaan dalam suratnya menyatakan, saman bakal dikeluarkan terhadap Meta selepas syarikat itu didakwa mengupah bekas kakitangan Twitter yang mempunyai akses terhadap pelbagai maklumat sulit berkaitan Twitter dalam membangunkan aplikasi Threads.

Sementara itu, pemilik Twitter, Elon Musk dalam kenyataan menerusi ciapannya juga seakan mengesahkan wujudnya penipuan dalam persaingan kedua-dua aplikasi media sosial terbabit.

Sejak dilancarkan pada 5 Julai, Threads telah menerima lebih 30 juta pengguna, memanfaatkan penggunaan log masuk mudah menerusi akaun Instagram yang memiliki lebih 2 bilion pengguna. – SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini