comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman

RIYADH: Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji iaitu Makkah, wilayah tengah, stesen kereta api Haramain, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Langkah itu berkuat kuasa mulai hari ini, 2 Jun hingga 20 Jun 2024, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Foto hiasan. – FOTO: Reuters.

Menurut pihak Keselamatan Awam Arab Saudi, mana-mana warganegara, pemastautin dan pelawat yang didapati melanggar peraturan akan didenda SAR10,000.

Selain itu, pemastautin akan dihantar pulang ke negara asal mereka dan dilarang memasuki semula Arab Saudi untuk tempoh tertentu seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

Keselamatan Awam Arab Saudi juga menekankan bahawa individu yang melanggar peraturan secara berulang akan didenda dua kali ganda, menegaskan kepentingan mematuhi peraturan haji untuk memastikan tetamu Allah dapat melakukan ibadah mereka dengan selamat, aman, selesa dan tenang.

Selain itu, individu yang ditahan membawa jemaah tanpa tanpa permit haji akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000.

Terdapat juga desakan untuk merampas kenderaan yang digunakan dalam kesalahan itu melalui perintah mahkamah.

Jumlah denda akan digandakan mengikut bilangan jemaah tanpa permit yang dibawa. – BERNAMA-SPA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini