comscore
Tumpuan :
Dunia

Turkiye, Iran senada reda ketegangan Asia Barat

FOTO: Reuters

ANKARA: Selepas tiga bulan tercetus pergolakan di Gaza, Turkiye dan Iran bersetuju berkenaan keperluan mengelakkan tindakan yang boleh mengancam kestabilan Asia Barat.

Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi dalam pertemuan mereka di Ankara.

Turkiye mengecam keras tindakan kejam Israel atas serangannya ke Gaza sekaligus menggesa gencatan senjata segera dan menyokong langkah undang-undang untuk Israel dibicarakan atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai.

FOTO: Reuters

Sementara itu, Iran mengetuai Axis of Resistance, sebuah pakatan merangkumi Hamas dan kumpulan pejuang Islam lain di wilayah itu yang memerangi Israel dan sekutunya.

Konflik rantau itu kian meruncing apabila Amerika Syarikat dan Britain melancarkan serangan mensasarkan Houthi yang disokong Iran di Yemen bulan ini.

Sebelum ini, hubungan Turkiye dan Iran sebelum ini dikatakan rumit berikutan tidak sependapat dalam pelbagai isu, terutama perang saudara Syria.

Semalam, kedua-dua pemimpin itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perniagaan Turkiye-Iran dan menandatangani pelbagai perjanjian persefahaman.

Loading...
Terkini