comscore
Tumpuan :
Dunia

Turkiye kenakan denda RM742,626 ke atas Meta

ANKARA: Pihak Berkuasa Persaingan Turkiye mengenakan denda harian RM742,626 ke atas Meta kerana gagal mematuhi kewajipan pertukaran data.

Ia susulan injunksi interim yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Persaingan Turkiye yang memerintahkan Meta berhenti daripada menggunakan data pengguna WhatsApp dalam perkhidmatan Meta lain di negara itu dan untuk memaklumkan kepada semua pengguna tentang perkara itu.

Selain itu, agensi itu juga meminta Meta untuk mencadangkan penyelesaian baharu bagi menangani kebimbangan mereka menjelang 11 Disember 2023 tetapi tiada sebarang penyelesaian diberikan sehingga kini.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Persaingan Turkiye memutuskan untuk mengenakan denda 4,796,152 lira (RM742,626) ke atas pendapatan kasar syarikat pada 2022 untuk setiap hari mulai 12 Disember 2023 sehingga penyelesaian pematuhan diserahkan.

Sehingga kini, denda telah melebihi 140 juta lira (RM21.679 juta) dan akan terus meningkat setiap hari.

Pada awal Disember 2023, Pihak Berkuasa Persaingan Turkiye melancarkan siasatan terhadap Meta selepas syarikat itu memutuskan untuk menggabungkan akaun pengguna di Instagram (dimiliki oleh Meta) dan Threads.

Hasil siasatan mendapati bahawa tindakan syarikat itu melanggar undang-undang perlindungan persaingan Turkiye. – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini