comscore
Tumpuan :
Dunia

Twitter benarkan media kenakan bayaran bermula Mei

FOTO: Twitter

AMERIKA SYARIKAT: Twitter bakal memperkenal ciri yang membenarkan saluran media mengenakan bayaran kepada pengguna pada setiap artikel yang dibaca, sekaligus menyifatkan ia sebagai situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk, berkata platform berkenaan akan membolehkan penerbit media mengenakan bayaran kepada pengguna pada setiap artikel dengan satu klik.

Ciri itu yang bakal dikuat kuasa bermula Mei membolehkan pengguna yang tidak mendaftar untuk langganan bulanan terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk satu artikel.

Menurut Musk, Twitter akan mengambil potongan sebanyak 10% untuk langganan kandungan masuk tahun kedua, ini bermakna tiada sebarang potongan untuk 12 bulan pertama ini.

Langganan ini merangkumi artikel dengan teks serta video dengan durasi panjang.

Loading...
Terkini