comscore
Tumpuan :
Dunia

Ucapan ‘Amanat’ terakhir Lee Hsien Loong sebagai PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, dalam ucapan terakhirnya di republik itu sebelum melepaskan jawatan hujung bulan ini, menyeru rakyat Singapura terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju terus maju negara itu.

Hsien Loong, yang akan menyerahkan jawatan itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong pada 15 Mei, dalam ucaptamanya di Rapat Hari Buruh hari ini, mengulangi sokongan kepada penggantinya dan meminta rakyat Singapura melakukan perkara sama.

Beliau menzahirkan keyakinan terhadap Lawrence dan pasukannya yang akan berganding bahu menangani segala cabaran masa hadapan dan merealisasi agenda Singapura.

Justeru beliau meminta semua rakyat bersatu di belakang mereka dan bekerjasama untuk menjayakan Singapura demi kebaikan semua.

Ucapan yang berlangsung selama lebih satu jam di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands itu turut disiarkan secara langsung di laman media sosial Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Hsien Loong, yang menggalas jawatan Perdana Menteri sejak 2004, mengucapkan terima kasih kepada semua lapisan masyarakat Singapura atas sokongan mereka sepanjang 40 tahun beliau dalam politik.

Katanya, beliau merasakan “puas hati dan sempurna” kerana bersedia menyerahkan kepimpinan negara.

Hsien Loong juga memberi penghormatan kepada pendahulunya – bekas perdana menteri mendiang Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong – dan pasukan mereka yang telah membantu mewujudkan asas-asas kerajaan yang baik yang dipercayai oleh rakyat di bawah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini