comscore
Tumpuan :
Nasional

Karnival Jom Heboh Edisi Raya Babas buka tirai

 

 

PUTRAJAYA: Semarakkan ‘mood’ raya, Karnival Jom Heboh Edisi Raya Babas dianjurkan konglomerat Media Prima membuka tirai 9.00 pagi ini, berlangsung sehingga 5 Mei 2024.

Diadakan di Tapak Parkir Presint 3 (belakang Istana Kehakiman) Putrajaya, pastinya pelbagai aturcara dan aktiviti telah dirangka untuk pengunjung dari Lembah Klang (Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan Selangor) dan juga dari sekitar termasuk Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan.

Sempena Syawal yang berbaki beberapa hari lagi, antara aktiviti menarik termasuk Pertandingan Baju Raya Macam Dulu-dulu, Pertandingan Karaoke Raya, dan mewarna bagi kanak-kanak.

Pengunjung juga tidak akan pulang tangan kosong kerana setiap yang hadir akan membawa pulang pelbagai ‘goodies’. Lebih mengujakan ada juga cabutan bertuah dengan pengunjung berpeluang memenangi hadiah seperti Ipad, telefon bimbit, Play Station 5 dan banyak lagi.

Orang ramai juga berpeluang bertemu personaliti TV Media Prima, artis dan penyanyi tanahair sepanjang acara berlangsung tiga hari ini.

Antara selebriti dan pengacara yang ada, pengacara Nasi Lemak Kopi O (NLKO), Erra Fazira, Fizo Omar, Barr Zaizan, Affizza Azmi; pengacara WHI & MHI, Fahrin Ahmad, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah, Fariha Onn; serta penyampai Buletin TV3 & TV9, Asrulnizam Kadir, Farah Nabilah Wazer, Asri Badrun dan Intan Syazwina.

Pada sebelah malam (4 dan 5 Mei) akan berlangsung Konsert Jom Heboh menampilkan penyanyi terkemuka seperti Aina Abdul, Aisha Retno, Lan Solo, Khai Bahar, Marsha Milan, Ara Johari, Bagio (Damasutra) dan ramai lagi.

Terdapat lebih 130 gerai, booth pameran dan jualan menyediakan pelbagai tawaran istimewa dan luar biasa. Juga orang ramai boleh jalani saringan kesihatan gigi dan khidmat nasihat kesihatan di karnival ini.

Orang ramai dialu-alukan hadir dan luangkan masa sepanjang karnival berlangsung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini