comscore
Tumpuan :
Dunia

Ukraine dakwa Rusia bakal simulasi letupan di stesen janakuasa

– FOTO : Reuters

UKRAINE: Kementerian pertahanan Ukraine memberi amaran Rusia kini sedang merancang untuk melakukan simulasi letupan besar di stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia yang berada di bawah bidang kuasa Rusia.

Ini merupakan usaha untuk menggagalkan serangan balas Ukraine untuk merampas semula wilayahnya yang ditawan Moscow.

Loji Zaporizhzhia yang terletak di selatan Ukraine, merupakan stesen janakuasa nuklear terbesar Eropah.

Kawasan itu setakat ini sudah berkali-kali dibom dengan kedua-dua pihak menyalahkan antara satu sama lain atas serangan itu.

Pakar memaklumkan terdapat laporan kebocoran radiasi dari loji terbabit sekaligus menggesa perpindahan segera.

Minggu lalu, tentera Rusia meningkatkan pertahanan mereka di dalam dan sekitar loji berkenaan menjelang serangan balas dari pihak Ukraine.

Loading...
Terkini