comscore
Tumpuan :
Nasional

Perlu bayar RM13 jika kongsi kata laluan Netflix

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Netflix memperluaskan usaha menghalang amalan perkongsian kata laluan akaun ke lebih 100 negara termasuk Malaysia.

Perkhidmatan penstriman itu kini tidak boleh dikongsi secara percuma dengan pengguna lain yang tidak tinggal serumah.

Pelanggan perlu membayar yuran RM13 seorang bagi pengguna yang berkongsi kata laluan dengan pengguna lain yang tinggal di kediaman berbeza.

Akaun bagaimanapun masih boleh dikongsi dengan pengguna lain yang tinggal di kediaman sama tanpa yuran tambahan.

Hanya satu slot pengguna tambahan disediakan dengan pelan Standard, manakala dua slot pengguna tambahan bagi pelan Premium.

Syarikat itu menganggarkan bahawa lebih 100 juta rumah menawarkan nama pengguna dan kata laluan akaun mereka kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang tidak tinggal serumah.

Sehingga akhir Mac, pelanggan Netflix yang membayar untuk khidmat tersebut di seluruh dunia berjumlah 232.5 juta.

Loading...
Terkini