comscore
Tumpuan :
BH LogoBerita Harian
Gaya Hidup

Aplikasi BLINK tawar ciri imbas dan bayar

Imbas dan bayar boleh digunakan di kebanyakan kedai di seluruh negara. – Gambar hiasan

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

PROGRAM ganjaran pengguna terkemuka Malaysia, BonusLink memperkenalkan aplikasi BLINK bagi menawarkan lebih ganjaran buat pengguna.

Ia juga diperkenalkan bagi memudahkan pengguna memenangi hadiah dan mengumpul semua mata ganjaran daripada transaksi kad dan aplikasi di satu tempat.

Aplikasi BLINK turut menawarkan ciri imbas dan bayar (scan and pay) bagi memudahkan pengguna untuk membuat transaksi tanpa tunai di rakan niaga BLINK yang mengambil bahagian seperti Tealive, Komugi dan Daboba bagi mendapatkan lebih mata ganjaran, selain memberi penjimatan dengan ganjaran pulangan tunai segera dan baucar jualan.

Terbaharu, BonusLink menawarkan Proton X70 dan pulangan tunai RM8 atau diskaun sehingga 53 peratus dengan perbelanjaan minimum RM15 sempena kempen 53% Cashback sehingga 31 Julai 2023.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah imbas dan bayar sebanyak RM15 menggunakan aplikasi BLINK di rakan niaga BLINK yang mengambil bahagian dan anda akan terus menerima pengesahan penerimaan pulangan tunai RM8 di My Wallet serta penyertaan untuk memenangi Proton X70.

Gunakan pulangan tunai RM8 untuk transaksi seterusnya di cawangan rakan niaga yang sama untuk lebih penjimatan.

Tinjauan BH di ibu negara mendapati, kebanyakan rakyat Malaysia lebih memilih aplikasi BLINK kerana mudah digunakan, banyak rakan niaga yang mengambil bahagian dan lebih ganjaran berbanding penyedia servis lain.

Nur Diyana Azira Mohd Zujiman, 28, berkongsi penggunaan ciri imbas dan bayar di aplikasi BLINK di pasar pagi dan restoran baru-baru ini memudahkan beliau yang kurang gemar ke bank untuk mengambil wang tunai.

Beliau berkata, pengguna hanya memerlukan empat langkah iaitu klik butang imbas dan bayar, letakkan kod QR dalam bingkai, masukkan jumlah dan nombor pin enam digit untuk menggunakan ciri imbas dan bayar di aplikasi BLINK.

“Saya tidak suka berdiri di kaunter pembayaran terlalu lama dan mencari duit dalam beg tangan, lebih-lebih lagi apabila ramai pelanggan lain sedang beratur.

“Imbas dan bayar memudahkan urusan, menjimatkan masa dan lebih selamat berbanding membawa wang tunai yang banyak di dalam beg tangan terutama di pasar pagi,” katanya.

Pakar air, Mohammad Fitri Mohd Noor, 27, pula gemar menggunakan ciri imbas dan bayar di aplikasi BLINK kerana kebanyakan kedai khususnya di ibu negara menerima cara pembayaran berkenaan.

Katanya, ia sangat memudahkan beliau untuk berbelanja, selain rekod perbelanjaan juga disenaraikan bagi membolehkannya memantau perbelanjaan.

“Pelbagai kedai menerima cara pembayaran imbas dan bayar menggunakan aplikasi BLINK seperti Daboba, DirectD, Komugi, Pets Way Enterprise, Prima Setapak Food Corner dan banyak lagi,” katanya.

Pekerja swasta, Faris Othman, 25, gemar menggunakan aplikasi BLINK kerana lebih mata ganjaran tambahan ditawarkan selain bonus pulangan tunai sempena kempen 53% Cashback.

“BLINK juga menawarkan 25 kali ganda mata ganjaran BonusLink dengan minimum perbelanjaan terkumpul sebanyak RM500 sebulan dengan pembayaran menggunakan Visa sama ada kad fizikal atau melalui aplikasi BLINK di rakan niaga yang mengambil bahagian seperti Shell, AmBank, Tealive, Parkson dan banyak lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi BLINK sekarang untuk menerima tawaran pengguna baharu sama ada baucar Shell RM4 atau 200 mata ganjaran BonusLink.

Layari laman web BonusLink untuk mengetahui lebih lanjut.

Loading...
Terkini