comscore
Tumpuan :
Hiburan

Fadlan Hazim kini milik Aiya

FOTO: Instagram Fadlan Hazim

KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai kontroversi mengenai status hubungan dengan pelbagai wanita sebelum ini, pelakon Fadlan Hazim, akhirnya memilih seorang wanita Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, sebagai suri hidup.

Pasangan sama cantik sama padan itu, dinikahkan pada sebuah majlis di Masjid Wilayah Persekutuan, ibu negara kira-kira pada pukul 10.27 pagi tadi.

Fadlan atau nama sebenarnya, Fadlan Hazim Anuwar dinikahkan Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi.

Fadlan ketika ditemui media turut meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dirancang berjalan sempurna.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti dirancang”, katanya ketika ditemui.

“Saya ambil masa selama tujuh bulan untuk membuat persiapan terutama dari segi urusan dokumen pernikahan kerana Aiya bukan warga negara Malaysia”, katanya lagi.

Pada majlis berkenaan Fadlan menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin emas berserta lima dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Selain keluarga lelaki, majlis juga dihadiri rakan artis seperti Zul Ariffin dan Andy Teh.

Bagaimanapun, ibu bapa pengantin perempuan tidak dapat hadir.

Mereka dijangka hadir untuk memeriahkan majlis resepsi pasangan mempelai pada Oktober depan.

Fadlan dan Aiya mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober tahun lalu selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta.

Loading...
Terkini