comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Famili Duo: Shila & Syahir Amzah tersingkir, hanya 3 pasangan mara ke final

PETALING JAYA: Konsert separuh akhir Famili Duo musim 3, hanya tiga pasangan duo berjaya mara ke peringkat akhir.

Kesemua pasangan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir adalah Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), serta Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik).

Mereka meraih jumlah kutipan markah tertinggi pada minggu separuh akhir yang bertemakan Dance & Hip Hop.

Pasangan Sharif dan Syaiful mendahului tempat pertama markah keseluruhan manakala Haqiem Rusli dan Ariff Bahran di kedudukan kedua dan tempat ketiga menjadi milik Adira dan Emma Suhaimi.

Tiga pasangan duo dengan jumlah markah terendah pula adalah pasangan suami isteri Fuad Rahman dan Tom, pasangan adik-beradik Shila dan Syahir Amzah dan satu lagi pasangan adik-beradik iaitu Ryan dan Adam Bakery.

Markah dikumpul tiga pasangan duo ini sekali gus menyaksikan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke peringkat akhir.

Sementara itu, Adira dan Emma yang membawa lagu ‘Side to Side’ dan ‘Ha Tepok’ diumumkan sebagai duo terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Saingan peringkat akhir akan bersiaran secara langsung di TV3 pada Ahad depan bermula jam 9 malam dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

Loading...
Terkini