comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Famili Duo: Penampilan tema ‘Idola/Legenda’ curi perhatian

PETALING JAYA: Tema idola dan legenda pada minggu ini memukau serta mengubat rindu penonton di Famili Duo lebih-lebih lagi dengan kemunculan artis veteran di TV3.

Berbaki dua episod sahaja lagi, penampilan minggu ini dimeriahkan dengan kemunculan selebriti tanah air seperti Azlee Senario, Yassin Senario, Joey Daud, Shamsul Ghau Ghau dan juga pesilat negara Al Jufferi Jamari.

Bukan sahaja kemunculan idola dan legenda ini mengubat rindu penonton, malah bagi duo adik-beradik Adam dan Ryan Bakery yang menjadikan kumpulan Senario sebagai inspirasi, pastinya cukup bererti buat mereka di dalam industri hiburan.

“Alhamdulillah, dapat menjayakan persembahan bersama-sama dengan artis otai yang juga idola kami, siapa je yang tak seronok? Walaupun akan dikomen oleh juri Mas Idayu dan Ajai, yang penting malam ni saya dapat perform dengan Senario,” kata Ryan Bakery.

Pasangan duo adik-beradik Sharif dan Syaiful Zero juga menampilkan persembahan menghiburkan bersama idola mereka.

“Untuk minggu idola dan legenda ini kami mengambil kira lagu penyanyi yang masih relevan dan membawakan lagu Mentera Semerah Padi, serta sahabat-sahabat yang juga merupakan ilham kepada konsep persembahan iaitu idola pelawak kami, Joey Daud dan idola sukan silat kami, Al Jufferi Jamari.

“Mungkin minggu hadapan akan menjadi lebih berat kerana minggu ini telah berjaya meraih markah perfect 10, tapi kami akan tetap cuba yang terbaik pada tema ‘retro 60s & 70s’ yang akan datang.” kata Sharif Zero.

Sharif dan Syaiful Zero juga berjaya merangkul dan menempatkan gelaran mereka sebagai juara untuk minggu ini dan tempat pertama di carta keseluruhan manakala Adam dan Ryan Bakery pula di tangga kedua.

Persembahan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran pula pada minggu ini mendapat tempat kelima dalam carta mingguan.

Berikut adalah kedudukan persembahan di minggu kelima #FamiliDuo:

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my

 

Loading...
Terkini