comscore
Tumpuan :
Info

Nokia Berbincang Dengan Kerajaan, Sediakan Penyelesaian 5G

| Oleh Afrina Romzi

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Nokia sedang berbincang dengan kerajaan untuk menyediakan penyelesaian rangkaian 5G tanpa wayar persendirian di negara ini.

Pengarah Urusan Nokia Malaysia, Sri Lanka dan Maldives, Datuk Mohd Rauf Nasir berkata, ini sejajar dengan sasaran syarikat untuk menyokong perniagaan di Malaysia menerusi hala tuju transformasi digital dan Industri 4.0.

“Kami sedang berbincang dengan kerajaan serta pembekal, berkenaan tanpa wayar persendirian ini. Saya rasa kami melihat banyak daya tarikan dalam industri dan perniagaan yang mencari penyelesaian seperti itu dan kami adalah peneraju pasaran infrastruktur rangkaian tanpa wayar persendirian,” katanya pada persidangan meja bulat media bersempena Hari Teknologi Nokia di sini, hari ini.

Tambah beliau, adaptasi teknologi amat penting bagi perniagaan, sekaligus membuka peluang baharu dalam meningkatkan ekonomi.

Nokia mempunyai empat portfolio utama iaitu rangkaian mudah alih, perkhidmatan awan dan rangkaian, infrastruktur rangkaian dan teknologi.

Di Malaysia, syarikat melihat peluang dalam bidang termasuk infrastuktur rangkaian seperti penyelesaian fiber serta tawaran perisiannya.

Loading...
Terkini