comscore
Tumpuan :
Isu

Pengguna Mahu Akaun Bank Kalis ‘Scam’

KUALA LUMPUR: Satu daripada tiga pengguna Malaysia memilih perlindungan yang ‘kalis’ penipuan atau ‘scam’ sebagai pertimbangan utama apabila memilih akaun bank baharu.

Tinjauan penyedia perkhidmatan data dan analisis global, FICO yang melibatkan seribu responden, mendapati kebanyakan pengguna akan terus melakukan aktiviti perbankan secara digital dan menyedari keperluan untuk perlindungan terhadap penipuan dalam talian.

‘Dengan 23 juta pelanggan perbankan di Malaysia, seandainya satu pertiga daripada pengguna memilih akaun dengan perlindungan penipuan yang kukuh, ia akan melibatkan lebih tujuh juta pasaran’ kata
Ketua Kaji Selidik Penipuan, Keselamatan dan Jenayah Kewangan Asia Pasifik FICO, CK Leo.

Ini sekaligus menunjukkan perlindungan yang baik boleh menjadi aset jualan terbesar bank.

Tinjauan itu turut mendapati 1.3 juta rakyat Malaysia mengetahui mereka telah menjadi mangsa kecurian identiti sementara 2.6 juta rakyat Malaysia berpendapat kemungkinan identiti mereka telah digunakan untuk membuka akaun secara penipuan.

Angka berkenaan menunjukkan peningkatan kesedaran mengenai penipuan sekitar kecurian identiti.

Loading...
Terkini