comscore
Tumpuan :
Jenayah

13 kaki judi ‘kalaimaley’ ditahan

Polis menahan 13 lelaki ketika serbuan ‘port’ judi di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi, Sungai Petani, awal pagi tadi. – FOTO: Ihsan PDRM

SUNGAI PETANI: Polis menahan sekumpulan 13 lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka dalam serbuan sempena Op Dadu ketika masing-masing sedang asyik berjudi awal pagi tadi.

Rata-rata mereka tidak sempat melarikan diri apabila ‘port’ judi mereka di hadapan sebuah rumah di Taman keladi, di sini, diserbu polis kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Ketika serbuan, semua 13 lelaki terbabit dikatakan sedang asyik membuat pertaruhan ketika bermain judi daun terup ‘Kalaimaley@Atas Bawah’.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, mengesahkan penahanan 13 kaki judi itu susulan serbuan membabitkan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda.

Selain tangkapan, pihaknya turut merampas 100 keping kad daun terup di atas meja, empat meja kayu berkaki besi, lapan kerusi plastik dan wang rampasan bernilai RM5,209.

Kesemua 13 lelaki terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Loading...
Terkini