comscore
Tumpuan :
Jenayah

13 pemandu kenderaan berat ‘kantoi’

JOHOR BAHRU: Seramai 13 pemandu kenderaan berat ditahan kerana dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sini.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat penahanan itu hasil Op Perdagangan yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor bermula 12 tengah malam semalam hingga jam 8 pagi tadi.

Turut ditahan dua pemandu lori iaitu orang dikehendaki (wanted).

Katanya kesemua 15 lelaki yang ditahan dalam operasi khas itu berumur 22 hingga 48 tahun.

“Dua lelaki yang dikehendaki dibawah seksyen 379A kanun keseksaan dan seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam operasi itu, sebanyak 730 kenderaan perdagangan diperiksa dengan 210 saman Pol.257 dikeluarkan.

“Sebuah kenderaan dikesan membawa lebih muatan sebanyak 35 peratus. Manakala 13 individu yang ditahan membabitkan kes dadah dibawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, Op Perdagangan dijalankan seluruh negeri ini bagi mengambil tindakan tegas terhadap semua pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan yang masih tegar dan ingkar untuk patuh peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Loading...
Terkini