comscore
Tumpuan :
Nasional

55 notis kompaun dikeluarkan terhadap kenderaan berat

FOTO: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55 notis kompaun dikeluarkan terhadap kenderaan berat menerusi pelbagai kesalahan dalam Ops Bersih yang dijalankan di sekitar Jalan Kuching dan Jalan Amra hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebooknya berkata, Ops Bersih itu dijalankan bersama-sama Jabatan Alam Sekitar dan Polis Trafik Kuala Lumpur bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Dengan kekuatan seramai 25 anggota, sejumlah 55 notis kompaun telah dikeluarkan oleh agensi-agensi yang terlibat terhadap pelbagai kesalahan.

FOTO: DBKL / Facebook

“DBKL sendiri telah mengeluarkan 11 notis kompaun di bawah UUK Pengangkutan Bahan WPKL 1997,” katanya.

DBKL berkata, sepanjang operasi yang berlangsung hampir dua jam ini, 76 buah kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Loading...
Terkini