comscore
Tumpuan :
Jenayah

15 lelaki ditahan bantu siasatan pergaduhan

Foto hiasan

KUANTAN: Polis menahan 15 lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan berhampiran Taman Kelau Jaya, Raub, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, kesemua yang berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun itu ditahan antara 3.15 hingga 4.15 petang di sekitar kawasan Sungai Ruan, Raub pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira 10.30 malam itu berpunca selepas seorang lelaki menegur sekumpulan individu yang memarahi beberapa budak lelaki di tempat kejadian sehingga menimbulkan pertengkaran mulut dan berakhir dengan pergaduhan.

“Terdapat individu yang turut cedera di bahagian muka dan badan dalam kejadian itu dan polis masih mengesan saki baki mereka yang dipercayai terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kesemuanya sedang direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Mohd Shahril turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menjaga kesejahteraan masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub di talian 09-3552222. – BERNAMA

Loading...
Terkini