comscore
Tumpuan :
Jenayah

200 ditahan, disyaki terlibat lumba haram

GEORGE TOWN: 200 individu termasuk 20 wanita ditahan polis selepas terbabit dalam aktiviti sekumpulan penunggang dan pembonceng motosikal menyaksikan perlumbaan haram di kawasan e-gate, Lebuh Tunku Kudin, Gelugor, George Town, awal pagi tadi.

Op Bersepadu Samseng Jalanan itu dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut  Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Pulau Pinang bermula jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, polis mengesan sekumpulan motosikal memasuki arah e-gate sebelum kawasan itu dikepung jam 3 pagi.

Sebanyak 136 motosikal diperiksa menerusi Op Bersepadu (Op Samseng Jalanan) di Persiaran Tunku Kudin, di sini, bagi mencegah aktiviti rempit dan lumba haram. NSTP

Ini menyebabkan cubaan kumpulan yang menyertai aktiviti berkenaan untuk melarikan diri gagal.

Mereka kemudiannya diiringi kereta peronda polis ke IPD Timur Laut sejauh 4 kilometer.

100 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk motosikal tidak mengikut spesifikasi jabatan pengangkutan jalan JPJ.

Turut disita, 20 motosikal kerana didapati melakukan modifikasi yang keterlaluan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini