comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 ahli geng Samun Boy tumpas

HULU SELANGOR: Geng Samun Boy yang menyasarkan gudang dan stor menyimpan mesin serta barangan kerja pembaikan ditumpaskan polis dengan tertangkapnya tiga lelaki warga tempatan.

Modus operandi suspek memecah masuk premis dan mengacu senjata kepada orang yang berada di dalam sebelum melarikan barang.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, terdahulu, geng terbabit menyasarkan sebuah stor simpanan jentera berat di Jalan Sungai Buaya, Serendah, di sini.

Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu beberapa lokasi di sekitar Rawang dan Hulu Selangor.

“Polis berjaya berjaya merampas pelbagai barangan antaranya dua unit kelengkapan bengkel, vakum, gergaji rantai, parang, dua telefon bimbit, dua generator dan pelbagai jenis alatan kegunaan kerja-kerja pembersihan, tukang serta logam.

“Turut dirampas adalah tangga aluminium, payung dan mesin pencetak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, semakan lanjut mendapati dua daripada tiga suspek  mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah.

Ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 46 tahun didapati negatif dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Loading...
Terkini