comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sindiket judi dalam talian aktif di Melaka Tengah, tumpas

 

MELAKA: Serbuan Op Pelican menumpaskan sindiket judi dalam talian di daerah Melaka Tengah.

Sindiket ini difahamkan beroperasi setiap hari tanpa cuti sejak awal tahun ini dan mampu meraih keuntungan hingga ribuan ringgit.

Kegiatan mereka terbongkar hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, di sebuah premis di Jalan KPKS 3, Kompleks Perniagaan Kota Shah Bandar, di sini, kira-kira 3.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, serbuan Op Pelican itu turut dibantu pasukan risikan dan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Melaka Tengah dan Jasin.

Foto: NSTP

Katanya, hasil serbuan enam lelaki ditahan bersama barang-barang rampasan kes iaitu 53 set komputer dan lapan telefon bimbit dan didapati modus operandi mereka adalah menyediakan perkakas peralatan perjudian secara fungsian di atas talian.

“Semakan oleh Pegawai Pakar Judi/Multimedia mendapati semua komputer berfungsi dengan baik dan terdapat kegiatan perjudian menerusi pautan laman sesawang m989.club/slot/ACEW.

“Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk tindakan lanjut dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Christopher berkata, hasil soal tanya enam individu ditahan berusia antara 26 hingga 45 tahun mengaku bekerja di premis itu yang berfungsi sebagai tempat pusat utama operasi penyediaan peralatan, perkakas, semua set komputer yang menjalankan aktiviti perjudian atas talian di sekitar daerah Melaka Tengah.

“Analisa awal pakar perjudian/Multimedia dengan petunjuk dan keterangan oleh suspek berkaitan pengoperasian aktiviti perjudian mengesahkan laman sesawang m989.club/slot/ACEW adalah antara perjudian (Halao Battle, High Road , King Classic, Ong-Bar, Fa Fa Fa, Zeus, Super Bar).

“Mereka boleh menyediakan sehingga 50 set komputer lengkap untuk operasi satu-satu masa setiap premis di Melaka dan dipercayai meraih keuntungan ribuaan ringgit dan bekerja dari 10 pagi hingga 6.30 petang setiap hari tanpa cuti dan dibayar gaji RM3,500 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman empat hari bermula semalam hingga 10 Julai ini bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini