comscore
Tumpuan :
Jenayah

4 suspek buli ditahan di Kota Samarahan

Foto: Tangkap layar video tular

KUCHING: Polis Sarawak menahan empat suspek kes buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Kota Samarahan susulan satu rakaman video berdurasi 47 saat yang tular di media sosial, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Brodie Brangka berkata pihaknya telah menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh mangsa pada hari sama dan siasatan lanjut telah dijalankan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di belakang blok kedai Taman Desa Permai, Kota Samarahan. Seorang pelajar Tingkatan Satu sekolah tersebut telah dipukul oleh empat orang pelajar lelaki dari sekolah sama,” ujarnya.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pihak sekolah juga telah dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku dan meminta orang awam tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Loading...
Terkini