comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes Buli: Buang sekolah bukan solusi – Pakar

Foto hiasan

Oleh: Khairul Rizuan Azizan & Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA: Pihak sekolah serta warga pendidik digesa mengambil tindakan memberi kaunseling yang efektif kepada mangsa dan pelaku bagi mengawal gejala buli dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Hukuman memberhentikan pelajar yang bermasalah dilihat bukan lagi satu kaedah yang berkesan mendisiplinkan dan memberi pengajaran kepada pelaku, namun mereka perlu dibantu oleh kaunselor terlatih.

Prof. Datin Dr Mariani Md Nor, Pakar Psikologi

Menurut Pakar Psikologi, Prof Datin Dr Mariani Md Nor, kaunselor seharusnya memainkan peranan penting di setiap sekolah kerana golongan itu telah diberi latihan dan bimbingan yang membolehkan mereka mentafsir psikologi kehendak dan keegoan
kanak-kanak dan remaja.

“Perlu ada sesi kaunseling dan aktiviti ‘briefing’ daripada pihak komuniti luar, anggota polis, dan pihak keselamatan persekitaran daripada sekolah itu.

“Perkara ini memang dah dijalankan di sebahagian sekolah ,apa yang penting kaunselor harus memastikan murid sekolah berada dalam keadaan sejahtera emosi, kesihatan dan mental,” katanya ketika dihubungi BuletinTV3.

Tambahnya sesi berkenaan juga perlu diselitkan dengan aktiviti yang bertujuan memotivasi dan memupuk kesedaran yang tinggi kepada warga sekolah.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan pentadbiran ‘membuang’ pelajar daripada sekolah merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan diibaratkan sebagai jalan pintas memudahkan banyak pihak.

“Buli berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah, menengah malah di pra-sekolah ada juga kes tetapi tidak begitu tinggi dan begitu juga dalam kalangan pelajar di universiti sedangkan mereka ini golongan yang boleh berfikir dan tahu menyelesaikan masalah.

“Namun mereka datang dari kategori umur yang berbeza dan mempunyai kemahuan dan keegoan sendiri.

“Disebabkan perbezaan ini dan selari dengan kemahuan mereka, maka berlakulah persaingan yang membibitkan kemarahan dan tidak puas hati dalam kumpulan sehingga berlaku buli daripada kumpulan yang ramai kepada kumpulan yang sedikit dan terhadap kumpulan yang mungkin lebih lemah,” jelasnya.

Malah ia juga berlaku di luar pemerhatian dan penglihatan guru, pengawas sekolah atau warden itu sendiri.

Justeru beliau menggariskan tindakan yang perlu diambil bagi mengawal isu terbabit , antaranya pentadbiran sekolah serta pengurusan di bahagian jabatan pendidikan negeri perlu selari, dan seiring mengambil keputusan yang sama di setiap negeri.

“Permasalahannya adalah sewaktu jawatankuasa khas menyemak semula garis panduan itu kami dapati tiada peraturan yang khusus untuk dijadikan sebagai garis panduan yang patut diambil oleh mereka.

“Seharusnya garis panduan buli itu setara dan ‘standardize’ terutama dalam aspek kes tertentu contohnya buli di dalam dan luar sekolah, siapa yang membuli dan sebagainya.

“Mengapa buli ini berlaku perlu dikaji dan daripada itu tindakan susulan boleh dirujuk kepada kaunselor,” ujarnya.

“Kadang kadang ada pihak sekolah tidak tahu apa tindakan perlu diambil, atau ada kala tindakan itu pula diambil oleh orang yang tidak sepatutnya.

Loading...
Terkini