comscore
Tumpuan :
Jenayah

8 kontena penuh arak RM5.16 juta dirampas

Pengarah Kastam Negeri Johor, Misbahudin Parmin dan pegawainya menunjukkan antara minuman keras seludup yang disita pihaknya. – FOTO: NSTP

GELANG PATAH: Bahagian Penguatkuasaan Kastam Marin Sungai Pulai, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor gagalkan cubaan penyeludup dengan menyita lapan kontena berisi minuman keras.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Misbahudin Parmin berkata, kontena berukuran 12.19 meter (m) setiap satu itu dikesan melalui Pelabuhan Klang, Selangor pada 6.30 petang, 3 Mac lalu.

Pihaknya bertindak selepas menerima maklumat dan dengan kerjasama Risikan Zon Selatan, mereka berjaya menyita sebelum melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan silang ke atas dokumen pengikraran Borang Kastam 1 (BK1), dagangan yang diikrar adalah alat ganti mesin, berlainan dengan muatan yang terdapat dalam kontena.

“Modus operandi sindiket penyeludupan ini adalah membuat pengikraran palsu dan perakuan tidak benar dalam BK1 ketika pengimportan dibuat bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengelak dari dikenakan duti import,” katanya pada sidang media di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai di sini, hari ini.

Menurutnya, anggaran barang dagangan yang dirampas bernilai RM922,000 dan jumlah duti dan cukai terbabit bernilai lebih RM4.16 juta.

Lapan kontena dianggarkan RM80,000 itu pula disita untuk siasatan lanjut, menjadikan nilai keseluruhan dagangan termasuk cukai dan kontena melebihi RM5.16 juta.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barangan tidak berkastam atau barangan larangan,” katanya.

Loading...
Terkini