comscore
Tumpuan :
Nasional

Mercun bernilai RM212,000 disorok dalam rumah kosong, dirampas

BATU PAHAT: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM212,000 yang ditemukan dalam 193 kotak di sebuah rumah kosong, di Taman Harmoni, Parit Sulong, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata mercun dan bunga api itu ditemukan kira-kira pukul 12.10 malam di dalam rumah kosong tanpa bekalan air dan elektrik, dipercayai sebelum dipasarkan di pasaran tempatan.

Beliau berkata pihaknya sedang berusaha pemilik rumah berkenaan, dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara boleh sampai tujuh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini